Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan (JNSP, 1998). Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran.

Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.

Di pringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kemahiran Berfikir merupakan subjek utama bagi kumpulan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dalam Semester Kedua.

Bahan Bantuan:

Kemahiran Berfikir

Leave a Reply