Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

PPISMP

Program Persediaan Ijazah Sarjana Mudah Perguruan: 

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
  • Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 46 Comments to “PPISMP”


    1. Hamdan Husaing L6 says:

      Assalamualaikum tuan, dengan adanya blog ini yang menerangkan sedikit sebanyak hal-hal yang berkaitan dengan kemahiran belajar dapat membimbing saya untuk menjadi seorang guru yang lebih aktif dan bekemahiran tinggi. Saya juga mendapat pelbagai input yang berguna dari blog ini berkaitan cara-cara pembelajaran yang sebenar.

      1
    2. Selamat sejahtera tuan,halaman ataupun blog yang disediakan oleh tuan amat berguna kepada saya kerana sebelum ini saya hanya tahu serba sedikit mengenai matapelajaran kemahiran belajar ini tetapi apabila saya mula membaca blog ini barulah saya dapat memahaminya dengan lebih dalam lag dan dapat menerangkan serba sedikit mengenai subjek kemahiran belajar ini ,ia dapat membimbing saya untuk mengikuti ke arah yang benar ,selain itu sebagai seorang guru di masa hadapan ia juga mengajar saya menjadi lebih rajin ,dedikasi,jujur,aktif serta seorang yang berfikiran positif.Saya juga dapat pelbagai info-info yang berguna dari blog ini ,oleh itu saya sentiasa akan membaca dan menghayatinya sentiasa untuk menjadi seseorang yang berfikiran positif selalu.

      TERIMA KASIH, TUAN

      2
    3. Munira Fauzi L6 says:

      Assalamualaikum tuan,halaman blog ini amat berguna kepada saya.Di samping membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini blog ini turut menbantu saya lebih memahami tentang kemahiran belajar.Ini membantu saya dalam memupuk diri untuk menjadi guru yang lebih baik di masa akan datang.

      3
    4. JULIYA OSKAR says:

      Assalamualaikum Encik…trma kasih krna menyediakan ruangan blog yang sangat bermanfaat ini. Blog ini amat memudahkan saya unuk menyempurnakan tugasan kerja kursus Kemahiran Belajar dengan jayanya. Selain itu, blog ini juga telah banyak membantu saya untuk lebih memahami mengenai Konsep Kemahiran Belajar dan kepentingannya dlam khidupan saya sebagai bakal guru. Melalui blog ini saya mempelajari apa yang perlu ada dalam diri seorang guru dan cara mendapatkan sumber maklumat sebagai persiapan saya sebagai bakal pendidik agar dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi apabila memulakan tugas kelak.

      4
    5. Kartina Ramakrishnan says:

      Salam sejahtera , salam Perak Aman Jaya , dan tidak lupa julangan Salam 1 Malaysia .Ribuan terima kasih kepada tuan kerana memperkenalkan blog ini kepada saya . Dengan adanya blog ini , saya dapat menyempurnakan tugasan Kemahiran Berfikir ini dengan lebih mantap dan berinformasi . Saya sebagai salah seorang guru pelatih , amat berharga dan ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembinaan ruangan blog ini yang penuh dengan maklumat pendidikan yang saya perlukan untuk menyiapkan tugasan ini . Terima Kasih …

      5
    6. Thurga Maginderin says:

      Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Tuan . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan kerana memperkenalkan blog ini kepada saya . Dengan menggunakan laman sesawang ini , saya dapat menyiapakan tugasan saya dengan sempurna . Syukur , maklumat yang ada dalam blog ini mempunyai banyak maklumat tentang tugasan keja kursus Kemahiran Berfikir.Sekina Terima Kasih …

      6
    7. Kanaga Lashmi Kumaran says:

      Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia Encik….. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ,Encik kerana blog yang disediakan ini amat berguna untuk saya. Hal ini demikian kerana, blog ini membantu saya dalam mempelajari Konsep Kemahiran Belajar. Justeru, maklumat yang diberi ini dapat memupuk saya untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian saya sebagai seorang guru yang berkaliber. Di samping itu, sumber maklumat ini juga membolehkan saya untuk menyiapkan keja kursus Kemahiran Belajar dengan sempurna. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada,Encik atas segala tunjuk ajar yang diberi.

      Sekian.

      7
    8. Mahen Rao says:

      Salam 1 Malaysia… Terima Kasih saya ucapkan kepada Tuan kerana memberi tunjuk ajar kepada saya mengenai tugasan kerja kursus Kemahiran Berfikir ini . Laman blog ini banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan kerja kursus subjek ini dengan mudah dan cepat . Terima Kasih …

      8
    9. Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia tuan,terima kasih kerana menyediakan ruangan blog ini.Blog ini memberi saya banyak faedah dan manfaat sebagai seorang bakal pendidik.Hal ini kerana, blog ini telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus Kemahiran Belajar dengan jayanya.Saya juga mendapat banyak maklumat yang berguna terutamanya ciri-ciri yang perlu ada pada seorang bakal guru serta cara-cara untuk mendapatkan sumber maklumat.Blog ini juga telah membantu saya untuk memahami konsep Kemahiran Belajar dengan lebih jelas.

      9
    10. MUHAMAD SUFIAN BIN ITAI says:

      Assalamuaikum tuan, terima kasih atas memuat naik maklumat tentang Kemahiran Belajar. Hal ini membolehkan pelajar lain termasuk saya dapat belajar dengan lebih mendalam lagi. Apa-apa pun, terima kasih atas memuat naik maklumat KB. Saya ingin menjadi wakil kepada semua pelajar untuk berterima kasih kepada tuan yang telah berbakti kepada kami.

      10
    11. NOR AZNIDA ABU says:

      Assalamualaikum,,salam satu Malaysia..terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menyediakan blog ini.Dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menyiapkan tugasan Kemahiran Berfikir ini.Tambahan lagi,saya memperoleh pelbagai maklumat berguna serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebagai seorang guru pada masa akan datang .Dengan ini saya amat berterima kasih kepada Tuan di atas tunjuk ajar yang telah diberikan.Terima kasih…

      11
    12. NOR AZNIDA ABU says:

      Assalamualaikum..terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menyediakan blog ini.Dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menyiapkan tugasan Kemahiran Berfikir ini.Tambahan lagi,saya memperoleh pelbagai maklumat berguna serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebagai seorang guru pada masa akan datang .Dengan ini saya amat berterima kasih kepada Tuan di atas tunjuk ajar yang telah diberikan.Terima kasih…

      12
    13. Zulaikha Binti Jamil says:

      Assalamualaikum..saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana menyediakan blog ini. Blog ini memberikan saya lebih banyak pengetahuan terutamanya tentang konsep kemahiran belajar yang betul. Maklumat yang terdapat dalam blog ini juga membantu saya dalam menyiapkan tugasan kemahiran belajar yang telah diberikan dengan sempurna.. sekian, terima kasih..

      13
    14. KOGILAN A/L SUBRAMANIAM says:

      Salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana telah menyediakan nota-nota yang perlu digunakan dalam kerja kursus kemahiran belajar. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku. Sekian, terima kasih.

      14
    15. ROMINA KAJUICE says:

      Salam sejahtera , Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan kerana telah membenarkan saya menggunakan maklumat-maklumat dalam blog ini untuk di muatkan dalam Tugasan Kerja Kursus Pendek Kemahiran Belajar. Perisian blog yang telah tuan sediakan banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan Kemahiran Belajar saya dengan mantap serta berkualiti tinggi. Dalam masa yang sama, saya dapat menyelam sambil minum air iaitu mendapat serba sedikit pengetahuan tentang Kemahiran Belajar semasa membuat tugasan. Sebagai seorang yang akan bergelar pendidik, maklumat dan pengetahuan dalam blog ini amatlah penting kerana menjadi seorang pendidik bukanlah mudah jika tidak dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang luas. Pendek kata, perisian dalam blog ini sangat bermanfaat bagi saya dan rakan-rakan pelatih guru yang lain. Sekian, Terima Kasih.

      15
    16. JACQUELINE JASMIN ANAK LANG says:

      Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Nordin kerana menyediakan kemudahan blog ini serta memberi keizinan kepada saya dan rakan-rakan sekelas mengumpul maklumat melalui laman web ini. Melalui laman web ini saya telah mempelajari dan menambah pengetahuan mengenai kemahiran belajar.Pelbagai input dapat saya perolehi.Konklusinya,laman web ini amat berfaedah untuk semua pihak. Sekian, terima kasih.

      16
    17. IDLUR ZULIKA BINTI SARPIE says:

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada tuan kerana menyediakan laman ini. Ini memudahkan kerja saya untuk melaksanakan tugasan yang telah di amanahkan. Selain itu saya juga memperoleh ilmu yang sangat bernas melalui bahan-bahan yang disediakan. Bahan-bahan yang disediakan juga lengkap dan mudah difahami. Kami dapat mengaplikasikan sepenuhnya maklumat yang telah diberikan.Secara konklusinya laman ini sangat membantu kami para pelatih guru dalam melaksanakan tugasan.Sekian,Terima kasih.

      17
    18. Assalamualaikum Tuan..Alhamdulillah, segala rujukan yang tuan sediakan di dalam laman ini memberikan kemudahan dan ilmu pengetahuan buat saya. Ia banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan kemahiran berfikir yang baru saya pelajari dalam semester satu PPISMP. Laman yang tuan sediakan ini amat mudah dan sederhana dan tidak menyulitkan saya untuk membaca bahan-bahan yang telah tuan sediakan dalam laman khusus ini namun terdapat sedikit permasalahan bila wujudnya kelemahan dari segi connection internet tapi itu adalah kesulitan diri sendiri dan boleh diperbaiki sendiri.
      Terima kasih daun keladi, lain masa dibaca lagi..^_^
      Wassalam..

      18
    19. Jeremy Anak Demin says:

      Salam sejahtera, salam 1Malaysian dan salam Perak Aman Jaya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana menggalakkan kami untuk menroka laman ini untuk memudahkan proses menyiapkan kerja kursus. Melalui laman ini juga telah banyak memberi input yang berguna kepada kami kerana segala maklumat yang terdapat disini amat penting bagi kami yang akan begelar seorang guru. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Laman ini juga mudah untuk diakses untuk memudahkan untuk mendapat maklumat-maklumat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, subjek kemahiran belajar amat penting bagi seseorang pendidik bagi meningkatkan daya intelek dan daya belajar serta membina budaya belajar yang betul dan berkesan. Sekian ,Terima Kasih .

      19
    20. suhaipi bin baharuddin says:

      Assalamualaikum tuan… pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi tunjuk ajar yang banyak kepada saya dalam mempelajari kemahiran belajar melalui informasi yang terdapat dalam laman ini serta penerangan daripada tuan untuk mempelajari teknik-teknik kemahiran belajar. Melalui laman ini, saya telah dapat maklumat-maklumat yang berguna serta dapat membantu saya untuk menyiapkan kerja kusus yang telah diberikan dengan jayanya. Selain itu, maklumat mahupun isi kandungan dalam laman ini telah dapat memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada rakan-rakan dan diri saya terutamanya. Akhir sekali, subjek kemahiran belajar ini sangat memberi manfaat kepada semua golongan terutama kepada bakal-bakal pendidik untuk menempuh hari-hari mendatang dalam kerjaya yang akan diceburi. Terima kasih.

      20
    21. suhaipi bin baharuddin says:

      Assalamualaikum tuan… pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi tunjuk ajar yang banyak kepada saya dalam mempelajari kemahiran belajar melalui informasi yang terdapat dalam laman ini serta penerangan daripada tuan untuk mempelajari teknik-teknik kemahiran belajar. Melalui laman ini, saya telah dapat maklumat-maklumat yang berguna serta dapat membantu saya untuk menyiapkan kerja kusus yang telah diberikan dengan jayanya. Selain itu, maklumat mahupun isi kandungan dalam laman ini telah dapat memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada rakan-rakan dan diri saya terutamanya. Akhir sekali, subjek kemahiran belajar ini sangat memberi manfaat kepada semua golongan terutama kepada bakal-bakal pendidik untuk menempuh hari-hari mendatang dalam kerjaya yang akan diceburi. Terima kasih.

      21
    22. Nancy Ngumbang L6 says:

      Salam sejahtera, salam Satu Malaysia dan salam Perak Aman Jaya. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik kerana banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya mempelajari matapelajaran kemahiran belajar ini . Saya sungguh konfiden dan teruja dengan pembelajaran dan pengajaran yang diberikan oleh encik. Lebih-lebih lagi kemahiran belajar ini merupakan subjek pertama yang saya pelajari. Mula-mula saya sukar untuk memahami subjek ini. Tetapi ,dengan tunjuk ajar encik yang sangat mulia segala kesukaran itu menjadi senang dan mudah dan seterusnya tugasan juga dapat disiapkan dengan lancar sekali. Akhir sekali, semoga tunjuk ajar encik dapat dipraktikan dalam diri saya dan generasi yang akan datang bagi saya yang bergelar guru suatu hari nanti. Terima kasih.

      22
    23. SHELLY AWING,L6 says:

      Salam sejahtera dan salam 1 malaysia. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana setelah membaca dari laman web ini saya sedikit sebanyak telah belajar kemahiran belajar dan memberi saya kesedaran dalam didri saya.Saya juga dapat meningkatkan nilai perkembangan diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang baik. Saya berharap,apa yang telah saya pelajari dalam subjek ini dapat dipraktikan dalam diri saya.Sekian,terima kasih.

      23
    24. IZZATI HAMIDAH BINTI ZAINAL says:

      Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Awal bicara, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan sebab menyediakan blog yang serba lengkap ini untuk kegunaan pelatih-pelatih guru seluruh Malaysia khasnya pelatih-pelatih guru IPG Kampus Ipoh. Pada pendapat saya, dengan adanya blog ini, pelatih-pelatih guru mampu untuk mencari maklumat dan secara tidak langsung mempelajari subjek ini dengan cepat. Selain itu, blog ilmiah seperti ini sangat menarik pada masa dunia yang serba moden ini. Blog tuan juga telah banyak membantu saya dan rakan-rakan saya untuk mencari informasi yang penting dan berguna seterusnya maklumat ini dapat dimasukkan dalam tugasan kerja kursus pendek yang telah diberikan. Pendekatan seperti ini haruslah diteruskan oleh semua bakal pendidik supaya generasi akan datang mempunyai banyak cara yang menarik untuk mendapatkan informasi penting secara langsung ataupun tidak langsung. Setelah memahami subjek ini, saya sangat berminat untuk mempelajari lebih dalam tentang subjek ini kerana bagi saya, subjek ini sangat penting untuk kegunaan para guru pelatih yang bakal berdepan dengan golongan-golongan muda yang ingin dan telus menuntut ilmu. Akhir sekali, sekali lagi terima kasih kepada tuan kerana menyediakan laman ilimiah yang berguna seperti ini kepada kami semua. Diharap, para guru pelatih mampu memanfaatkan ruang ini sebaik mungkin. Sekian, Terima kasih

      24
    25. CAROLINE NYANDAU,L6 says:

      Salam sejahtera salam satu Malaysia salam Perak aman jaya,terlebih dahulu saya nak mengucapkan ribuan terima kasih atas segala tunjuk ajar yang encik berikan kepada kami mengenai kemahiran belajar . Terima kasih kerana telah menyediakan laman web yang padat dengan informasi ini.Kami telah mempelajari sesuatu yang baru dan akan kami praktikkan dalam kehidupan untuk menyediakan ilmu kepada mereka yang memerlukan kelak.

      25
    26. WAHIDA BINTI ABD WAHAB says:

      Asalamualaikum….
      Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana menyediakan blog ini yang mana ia membantu saya dalam memahami lebih mendalam tentang kemahiran belajar. Bukan itu sahaja, pelbagai input yang dapat saya perolehi yang mana ianya dapat membantu saya bagi menyiapkan diri untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu. Blog ini juga dapat membantu saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang di berikan kepada kami. Pelbagai maklumat yang dapat kami perolehi daripada blog ini yang mana ia menyediakan pelbagai maklumat yang begitu lengkap dan mudah di fahami. Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada tuan dan berharap apa yang saya pelajari dapat di praktikkan dalam diri saya pada masa akan datang. Sekian, Terima kasih.

      26
    27. Alicia Bintang anak Jampong says:

      Salam sejahtera, salam Satu Malaysia dan salam Perak Aman Jaya. Pertama sekali saya ingin mengucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada encik kerana sudi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami mengenai kemahiran belajar.Melalui laman web yang encik sediakan telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus kemahiran belajar ini dan memyedarkan saya juga akan penting mata pelajaran ini untuk dipelajari bagi seorang pendidik.Terima kasih juga kerana telah menyediakan laman web yang padat dengan informasi tentang kemahiran belajar ini. Sekian, Terima kasih.

      27
    28. ARZILAH AZIE BINTI DUSIN says:

      Selamat Sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada tuan. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana mewujudkan ruangan informasi ini dan ruangan blog ini telah menjadi satu saluran yang bermanfaat dan sangat berguna kepada semua bakal guru pelatih. Dengan adanya ruangan ini,saya dapat mempelajari dan lebih memahami apa itu kemahiran belajar. Maklumat yang disediakan juga sangat mantap dan berinformasi yang dapat memberikan saya pelbagai input-input baru serta pengetahuan yang sangat berguna untuk saya praktikkan pada masa akan datang. Selain daripada itu, blog ini banyak membantu saya dan rakan-rakan lain untuk menyiapkan tugasan Kemahiran Belajar ini yang mana blog ini telah menjadi ‘pusat sumber’ kedua kami untuk menghasilkan tugasan yang baik dan berkualiti. Akhir kata, diharap blog tuan ini akan terus menadi saluran maklumat dan informasi kepada semua orang . Sekian Terima kasih.

      28
    29. ROSYIATY BINTI SAPIEE says:

      assalamualaikum, tuan…pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kerana telah menyediakan blog seperti ini.Dengan adanya blog ini,ia memudahkan saya untuk mencari nota serta ilmu yang saya perlukan dalam kursus ini.Nota2 yang tuan hasilkan serta sediakan dalam blog ini banyak membantu saya memahami serta mempelajari subjek yang tuan ajar .Selain itu terdapat banyak maklumat tambahan yang amat diperlukan dalam nota2 yang tuan sediakan.Sekian,terima kasih………..

      29
    30. MOHD HANIF BIN MOHD YASIN says:

      Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.
      Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan kerana menyediakan blog yang serba lengkap ini untuk kegunaan para pelatih guru di seluruh Malaysia amnya dan pelatih-pelatih guru IPG Kampus Ipoh khususnya.
      Pada pandangan saya, dengan adanya blog ini, para pelatih guru mampu untuk mencari maklumat dengan lebih terperinci dan bersistematik kerana intipatinya yang mudah difahami di samping penggunan warna yang pelbagai mampu menarik minat pembaca.
      Selain itu, susunan nota yang bersistematik membantu kami untuk mempelajari, memahami dan mengingati subjek kemahiran belajar ini. Blog Tuan banyak membantu saya dan rakan-rakan untuk mencari informasi yang penting dan berguna seterusnya maklumat ini dapat dimasukkan dalam tugasan kerja kursus pendek yang telah diberikan. Pendekatan seperti ini haruslah diterapkankan oleh semua bakal pendidik supaya generasi akan datang mempunyai banyak cara yang menarik untuk mendapatkan informasi penting secara langsung mahupun tidak langsung.
      Kesimpulannya, subjek kemahiran belajar amat penting bagi seorang pendidik dalam meningkatkan daya intelek dan mutu gaya belajar serta membina budaya belajar yang efisien dan bersistematik.
      Sekian ,Terima Kasih.

      30
    31. CHE KU AIMI NADIAH BT CHE WAN ROZELAH says:

      Awal Bismillah lafaz bicara, Assalamualaikum dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Nordin B.Tahir yang sudi berkongsi buah fikiran dalam meyalurkan info dan maklumat yang berguna di dalam blog ini buat semua pelatih IPG Kampus Ipoh.
      Keprihatinan yang ditunjukkan telah membuka ruang kepada pelatih untuk mendapatkan sumber informasi yang diperlukan secara langsung mahupun tidak.Reformasi pendidikan dilakukan dengan mengeksplisitkan kemahiran berfikir dan disebatikan dalam pengajaran kerana berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semula jadi. Guru pelatih diberi latihan dan pendedahan pengajaran kemahiran berfikir di bilik darjah terlebih dahulu agar mereka terlatih dalam kemahiran berfikir dan dapat melaksanakan tanggungjawab di bilik darjah dengan yakin dan lancar. Dengan pendedahan itu, diharap guru pelatih akan mempraktikkan ilmu yang diperoleh apabila berada di bilik darjah yang sebenar.Sikap individu sememangnya sukar untuk diubah melainkan empunya diri yang mahu berubah. Perubahan sikap ini hendaklah lahir dalam diri sendiri barulah mudah dilaksanakan. Adalah diharapkan dengan pendedahan KB dalam pengajaran dan pembelajaran akan mengubah sikap negatif terhadap KB kepada sikap yang positif dan dalam jangka panjang akan menguntungkan individu itu sendiri.Sekian terima kasih

      31
    32. CHE ZUL HILMI BIN ABDUL GHANI says:

      Assalammualaikum…wbt… dan Salam Sejahtera…

      Terima kasih diucapkan dan sekalung penghargaan untuk Encik Nordin Bin Tahir kerana membangunkan laman blog yang berilmiah ini… Laman blog ini banyak membantu semua pelatih guru di negara kita…

      Pembelajaran dan kuliah bukan sekadar di dalam kelas sahaja, kini pelatih boleh mendapatkan maklumat dan nota berkaitan topik pembelajaran dihujung jari mereka sahaja dengan melayari laman blog ini…

      Di harap usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi dengan penambahbaikan dengan lebih banyak info dan maklumat lagi dimasa akan datang…

      Sekian, terima kasih…

      32
    33. SHAMSIR IZANI BT MOHD SOBRI says:

      Bismillahhirrahmanirrohim….assalamualaikum…pertama sekali saya memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat illahi kerana diberi pluang untuk bersama-sama kongsi pengalaman dan pembelajaran dalam blog ini..
      dengan adanya blog ini,dapat mempermudahkan sesi interaksi antara pelajar dan pensyarah..selain itu,pelajar dapat berkongsi pandangan antara pelajar. banyak ilmu dapat diambil dalam blog ini…sekian..terima kasih…

      33
    34. NOR SATINI BT CHE KAR says:

      Assalamualaikum. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah yang saya hormati En.Nordin Bin Tahir karana saya diberi peluang menimba ilmu bermanfaat dilaman blog ini.
      Untuk pelajar-pelajar dan para pembaca yang lain, laman blog ini amat membantu dalam melaksanakan tugas penting kita iaitu belajar, mengajar dan menimba ilmu berguna di sini.
      Akhir kata, semoga saya dan rakan-rakan yang lain dapat memanfaatkan ilmu yang ada di laman blog ini sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

      34
    35. SULIZAH BT MOHD KADIR says:

      Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia..
      Pertama sekali setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kerana saya adalah di antara yang telah diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman di dalam blog ini..
      Laman blog ini amat berguna dan bermanfaat bukan sahaja untuk saya malah seluruh pelatih-pelatih guru..Melalui blog ini saya dapat pelbagai maklumat serta nota-nota yang berguna untuk saya rujuk pada bila-bila masa..Selain itu juga,saya dapat berkongsi maklumat serta pandangan bersama pensyarah dan juga pelatih-pelatih guru yang lain..
      Diharap dengan adanya blog ini akan lebih memberi seribu manfaat kepada semua pelatih dan blog ini akan diteruskan dengan info-info yang terkini serta maklumat-maklumat yang sangat bermakna sebagai rujukan semua pelatih..

      35
    36. Norashikin Binti Othman M1 says:

      Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia…
      Terima kasih di ucapkan kepada En.Noordin kerana mewujudkan blog ini. Dengan adanya blog ini memudahkan kami untuk mendapatkan ilmu yang sangat mahal dan dapat dijadikan sebagai nota saya serta bahan rujukan untuk subjek tuan.
      Ia juga memudahkan saya untuk berinteraksi dengan tuan jika terdapat kesulitan didalam subjek tuan.
      Terima kasih diucapkan..Jasamu dikenang selalu

      36
    37. Chong Mei Jiun unit:M1 says:

      Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
      Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah kelas M1,En.Noordin kerana sudi memperkongsikan laman blog ini dan memberi peluang kepda saya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan maklumat pembelajaran mata pelajaran kemahiran belajar daripada blog yang dibina oleh En.Noordin yang begitu berguna kepada pelatih baru seperti kami.
      Blog ini membawa banyak manfaat kepada saya dan juga rakan-rakan lain.Dengan adanya laman blog ini,saya dapat mencari pelbagai sumber maklumat dan nota-nota dengan mudah sebagai rujukan saya.
      Laman blog ini amat bersistematik dan teratur,maklumat dapat dicari dengan cara yang cepat dan mudah tanpa sebarang sekatan.Nota-nota yang sedia ada mudah difahami dan berwarna-warni,ia dapat menarik perhatian yang sepenuh semasa membacakan nota-nota tersebut.
      Saya berharap agar laman blog yang dibina oleh tuan dapat terus disalurkan selama-lamanya supaya dapat membantu lebih banyak pelatih pendidik yang akan datang.
      Kesimpulannya ,kemahiran belajar amat penting bagi setiap pelatih pendidik .
      Akhir kata, semoga saya dan rakan-rakan lain dapat menhayati ilmu yang terdapat di dalam blog ini.Sekian, terima kasih……

      37
    38. SYAFFIDA SYADIRA BT MAHAMAD SHARIF says:

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
      Terima kasih saya ucapkan kepada En.Noordin Tahir selaku pensyarah kelas M1 kerana telah mewujudkan blog ini sebagai rujukan dan panduan kepada saya dan rakan-rakan lain.Blog ini memberi saya banyak info dan maklumat yang berguna dalam subjek kemahiran berfikir yang diajar oleh En.Noordin.
      Selain daripada itu,info ini juga boleh digunakan dalam subjek-subjek lain untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan saya sebagai seorang pelatih di IPG ini.
      Diharapkan blog ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang..

      38
    39. Nur Jamiliati Wahida Bt Mohd Sanny says:

      Assalamualaikum..terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Nordin kerana telah menyediakan blog ini sebagai panduan dan rujukan kepada saya. Melalui blog ini saya mempelajari apa yang perlu ada dalam diri seorang guru dan cara mendapatkan sumber maklumat sebagai persiapan saya sebagai bakal pendidik.Diharap blog ini akan dapat membantu semua pelajar lain dan akan terus menambah info-info terkini.Sekian wassalam…

      39
    40. Munirah bt Talib says:

      Assalamualaikum..ribuan terima kasih saya ucapkan kepada En. Nordin kerana telah menyediakan blog yang sangat menarik ini. Banyak info yang saya dapat melalui blog ini. Blog ini banyak memberi faedah kepada saya dalam mendapatkan bahan rujukan dan panduan. Sumber-sumber yang terdapat dalam blog ini sangat berguna dan menarik. Saya berharap agar blog ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang berpanjangan. Sekian, Terima kasih

      40
    41. Nurul Hana Binti Mohd Rosele says:

      Assalamualaikum wbt..
      Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Nordin kerana menyediakan kemudahan blog ini. Melalui blog ini saya telah mempelajari dan menambah pengetahuan mengenai kemahiran belajar.Pelbagai input dapat saya perolehi. Dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menyiapkan tugasan Kemahiran Berfikir ini.Tambahan lagi,saya memperoleh pelbagai maklumat berguna serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebagai seorang guru pada masa akan datang. Sekian terima kasih…Wassalam

      41
    42. Nur Syuhadah Binti Abdul Manan says:

      Assalamuaikum wbt…
      Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih serta setinggi-tinggi perhargaan kepada pensyarah pembimbing kursus kemahiran belajar (KB 1131 D1) kerana menyediakan kemudahan blog yang serba lengkap ini khususnya kepada penuntut IPG Kampus Ipoh.
      Dengan adanya blog ini dapatlah kiranya kami warga IPG menambah ilmu pengetahuan dengan mengakses pelbagai nota yang disediakan oleh En.Nordin dengan mudah dan ringkas.
      Laman blog yang disediakan oleh En.Nordin sangat berguna kepada saya serta memudahkan saya memahami serta membantu saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain daripada itu ilmu pengetahuan yang disumbangkan oleh En.Nordin akan saya gunakan dengan sebaik mungkin serta dapatlah saya mengaplikasikan segala ilmu yang di curahkan untuk kegunaan dalam kehidupan, bahkan ia boleh juga dipraktikkan pada masa akan datang.
      Akhir kata, untuk menjadi seorang guru yang bestari, saya perlulah menguasai kemahiran belajar supaya semua ilmu pengetahuan dapat digunakan untuk mempertingkatkan kesan keatas pengajaran dan pembelajaran.
      Sekian terima kasih

      42
    43. Lau Poh Hua says:

      Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia~~~terlebih dahulu saya ingin meminta maaf atas kelewatan untuk meninggalkan komen dalam blog ini.Saya merupakan pelajar yang masuk ke IPG ini dengan ambilan yang kedua.Oleh itu, saya telah terlambat untuk membuka blog yang disediakan oleh En.Nordin,Harap En. dapat maafkan dan harap En. sempat lagi membaca message saya.Terima kasih kepada rakan sekelas saya yang telah memberitahu saya bahawa perlu melayari blog dan website ini untuk mendapatkan maklumat dan bahan bacaan.
      Selain itu , jutaan terima kasih juga diucapkan kepada En.Nordin kerana telah memberi peluang dan satu luangan kepada saya untuk menggunakan ilmu pengetahuan daripada blog yang disediakan semasa saya menjalankan tugasan saya.Tambahan pula, bahan-bahan bacaan tersebut memanglah berguna bagi seseorang untuk memperbaiki kelemahan diri ataupun menguatkan lagi kehebatan diri supaya dapat menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa yang akan datang.
      Seterusnya, media elektronik pada era modenasi ini memang berkesan dan berguna kepada kami yang sebagai pelajar.Oleh itu, sekali lagi saya merakamkan terima kasih kepada En. kerana telah menyediakan blog ini untuk kami menjadikan satu rujukan bahan.
      Sekian, terima kasih.

      43
    44. KONG FOO MING says:

      Salam sejahtera dan salam perpaduan. Terlebih dahulu saya memohon maaf atas kelewatan untuk memberi komen pada blog ini. saya juga merupakan pelajar yang masuk ipg pada ambilan yang kedua. Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En Noordin kerana telah memberi peluang kepada kami untuk melayari blog yang disediakan oleh Encik Noordin. Selepas, saya melayari blog dan membaca maklumat itu saya dapat memahami sebagai guru dapat mempergunakan pelbagai jenis sumber untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Ia amat penting, jika guru dapat menggunakan sumber yang menarik untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar akan berasa menarik dan mempunyai keupayaan imaginatif. Selain itu, kami dapat mengetahui kelemahan seseorang dan perlu dibaiki semula supaya menjadi seorang guru yang cemrlang dan terbilang.
      Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Noordin kerana telah menyediakan blog ini supaya kita dapat membuat rujukan dan sebagai maklumat tambahan.
      Sekian, terima kasih.

      44
    45. Tio Fei ling says:

      Salam sejahtera saya ucapkan. Selama saya membuat projek ini, saya banyan mendapat faedah untuk saya mengguna pada masa depan. Antara faedah yang dapat perolehi ialah, cara-cara mendapat maklumat dengan berkesan. Pensyarah saya bidang ini, encik Nordin telah banyak memberi bimbingan keypads saya. Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau Dan kawan-kawan yang telah memberi bantuan kepada saya. Selain itu, dengan melayari laman web ini, saya telah menerima maklumat yang sangat berguna untuk saya menyiapkan projek ini. Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberi dorongan kepada saya sepanjang saya melaksanakan duti projek ini.

      45
    46. Assalamualaikum w.b.t En. Nordin dan kawan-kawan sekalian.. sesungguhnya, saya amat berbesar hati kerana dapat melayari blog En. Nordin. Terdapat banyak ilmu pengetahuan yang dapat saya perolehi. Bahan pengajaran yang tuan telah sediakan sedikit banyak dapat membantu saya untuk menguasai topik ini dengan lebih mendalam. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan kerana sanggup memberi info dengan secukupnya dan memuat turunkan info tersebut di blog ini. Maklumat yang tuan berikan amat berguna untuk saya dan juga rakan-rakan yang lain. Tuan juga sangat mengalu-alukan kedatangan kami untuk mengunjungi blog tuan dengan “mempromotekan” blog tuan kepada kelas kami. Saya cuba memanfaatkan penggunaan internet dengan melayari blog yang berilmiah seperti blog tuan. Saya juga berharap tuan akan sentiasa “mengupdatekan” blog tuan dari semasa ke semasa untuk kegunaan ramai. Saya juga akan berusaha untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang saya perolehi ini dengan orang ramai.. Berkongsi maklumat dengan orang ramai merupakan satu amalan yang amat digalakkan. Sharing is caring..:) Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan di atas jasa baik tuan dalam menyediakan pelbagai maklumat di blog ini..

      46


    Leave a Reply