Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

KRB 3033

 PENGANTAR BAHASA MELAYU:

Pengenalan:

KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu merupakan kursus wajib dan teras yang perlu diambil oleh pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah . Kursus KRB 3033 mendedahkan kepada pelajar tentang asas kepada linguistik yang meliputi bidang kajian ilmu linguistik yang terdiri daripada Sejarah Linguistik, Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik, Psikolinguistik dan Wacana. Kursus ini bernilai 3 jam kredit.

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar tentang aspek yang terdapat dalam bidang Bahasa Melayu. Antara aspek yang dibincangkan ialah definisi bahasa dan lingustik Melayu, sebutan, ejaan, penulisan, morfologi, sintaksis dan aspek makna. Aspek -aspek ini merupakan perkara asas yang menjadi dasar kepada pengajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh pelajar program Pendidikan Sekolah Rendah.

Tajuk-tajuk:

KRB 3033_PENGANTAR BAHASA MELAYU  (Modul)

Asal Usul Bahasa Melayu

Status dan Fungsi BM

Akta Bahasa Kebangsaan

Morfologi dan Sintaksis

Semantik

Sistem Ejaan BM

Leave a Reply