Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

KPD 3026

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2:

Pengenalan:

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, arah aliran perkembangan profesionalisme guru banyak dipengaruhi oleh usaha-usaha ke arah perkembangan profesionalisme berasaskan penyelidikan. Budaya menyelidik di kalangan guru dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan. Satu elemen penting dalam perkembangan tersebut adalah penglibatan penyelidik daripada institusi pengajian tinggi. Dalam bentuk kolaborasi antara sekolah-universiti, budaya menyelidik tersebut boleh dimantap dan dilestarikan melalui kerjasama serta sokongan kepakaran daripada pensyarah/penyelidik.

Di Malaysia, usaha-usaha memperkembangkan gerakan penyelidikan guru sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan profesionalisme guru telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Jabatan Pendidikan Negeri melalui Jawatankuasa Penyelidikan telah menjalankan kursus-kursus kajian tindakan untuk guru-guru. Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Intitut Pendidikan Guru (IPG) juga telah menganjurkan kursus-kursus untuk pensyarah-pensyarah. Seminar tentang kajian tindakan telah juga dianjurkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi membincangkan hasil-hasil kajian tindakan yang telah dijalankan oleh guru-guru dan pensyarah-pensyarah maktab perguruan. Malah aktiviti kajian tindakan merupakan salah satu agenda penyelidikan yang diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan di samping tugas-tugas mengajar.

Tajuk-Tajuk:

Bab 1 – PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN-1

Bab 2 -MENGENALPASTI FOKUS KAJIAN

Bab 3 – Pengenalpastian_masalah

Bab 4 – PROSES TINDAKAN-LINGKARAN

Bab 5 -Literatur

Bab 6 – Merancang Kaedah Kajian

Bab 7 -REKA BENTUK & PROSEDUR KT 2

Bab 8 – Asas Persempelan

Bab 9 – Membina Instrumen Kajian

Bab 10 – KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAAN

Bab 11 – PENGUMPULAN DATA KAJIAN TINDAKAN

1 Comments to “KPD 3026”


  1. azmi assemanggoli says:

    Syukran Khathira atas kemudahan yang disediakan semuga pekerjaan ini betul-betul amal jariah yang tak putus-putus Aminnn……..

    1


Leave a Reply