Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

KBK 3073

PENDAHULUAN:

Kursus KBK 3073 merupakan kursus teras yang menggabungkan dua elemen utama iaitu pengajaran dan pembelajaran dan amalan pendidikan khas. Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar berkaitan dengan kategori-kategori berkeperluan khas dan konsep-konsep asas pendidikan khas.Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan mengambil masa 14 minggu untuk dilalui dan ianya merupakan salah satu kursus teras yang harus diambil dalam kursus ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian.

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini bertujuan untuk membantu guru dalam memahami kanak-kanak berkeperluan khas dan berisiko seperti kanak-kanak dengan pelbagai kerencatan, kerencatan anggota, penglihatan, pendengaran, terencat akal, masalah komunikasi dan tingkah laku, bermasalah pembelajaran dan kanak-kanak kecerdasan tinggi. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan asas-asas pendidikan khas, konsep keperluan khas dan siapakah yang mengalami dikategori sebagai berkeperluan khas. Penentuan normal dan tidak normal dalam masyarakat akan diberi tumpuan. Kursus ini membincangkan pendidikan khas sebagai lanjutan dari sistem pendidikan biasa.

Tajuk-Tajuk Pendidikan Khas:

1. Definisi dan Konsep PK

1a. Dasar, Amalan & Proses Dlm PK

1b. Kanak-kanak Berkeperluan Khas

2. Sejarah Perkembangan PKhas

3. Punca dan Pencegahan

4. Pelbagai Kecacatan

5. Masalah Penglihatan

6. Masalah Pendengaran

7. ADHD

8. Masalah Tingkah Laku

9. Masalah Fizikal

10. Autisme

11. Bahan bacaan disleksia

Leave a Reply