Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

EDU 3103

MURID DAN ALAM BELAJAR:

PENGENALAN

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai konsep alam belajar murid; pelbagai teori pembelajaran; implikasi faktor perbezaan individu, motivasi, gaya pembelajaran terhadap pemilihan dan pengaplikasian pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran. Di samping interaksi dengan pensyarah pada masa cuti, pelajar boleh menggunakan panduan pembelajaran ini untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa tajuk (Tajuk 1 – 7).

HASIL PEMBELAJARAN:

(1)   Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran.

(2)   Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

(3)   Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(4)   Memilih dan mengaplikasi pendekatan serta strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran.

(5)   Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(6)   Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

KEPERLUAN KURSUS DAN BAHAN SOKONGAN:

 

 Setiap tajuk mengandungi nota ringkas dan tugasan terarah yang perlu disempurnakan oleh pelajar dan dimasukkan ke dalam portfolio pembelajaran untuk dinilai. Tugasan-tugasan yang disediakan membantu pelajar menguasai pengetahuan kandungan dan seterusnya mengaplikasikannya dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah.

 

 Pelajar juga disarankan untuk mengaplikasikan strategi pembelajaran terkini dengan mengintegrasikan kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan kemahiran mentaksir dan menilai yang merupakan kemahiran-kemahiran yang ditekankan dalam abad ke 21. Strategi pembelajaran di atas boleh dilaksanakan secara kendiri dan juga secara koperatif dengan rakan sekerja.

Untuk membantu pelajar menguruskan aktiviti pembelajaran, senarai rujukan dicadangkan di dalam setiap tajuk panduan pembelajaran. Rujukan lain yang berkaitan boleh digunakan terutama rujukan secara internet iaitu URL yang disertakan pada setiap tajuk pembelajaran. Pelajar juga perlu merujuk pensyarah melalui e-mail untuk mendapatkan bimbingan dan penjelasan.

Aktiviti dan latihan yang disertakan pada setiap tajuk pembelajaran perlu dilakukan oleh pelajar bagi mencapai hasil pembelajaran berkesan.

Beberapa tips yang boleh digunakan oleh pelajar untuk menguruskan pembelajaran kendiri dengan menggunakan Panduan Pembelajaran yang disediakan:

i.              Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai untuk setiap kursus.

ii.            Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar menghafal.

iii.           Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat dan mengaplikasi maklumat.

iv.           Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat iaitu pada pensyarah, bahan rujukan, dan rakan sekerja, pengalaman professional dan juga sumber internet. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang 1 tahun pengajian. Pengetahuan kandungan dan pedagogi sentiasa dinamik dan bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan maklumat dengan menggunakan kemudahan ICT. Pengetahuan semula jadi dan pengalaman profesional yang sedia ada pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di bilik darjah.

TAJUK-TAJUK:

Alam Belajar

Pengajaran & Pembelajaran

Teori Pembelajaran 1

Teori Pembelajaran 2

Model Pengajaran

Pedagogi Bestari

Perbezaan Individu

Gaya Pembelajaran

Motivasi & Pembelajaran

Leave a Reply