Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

PPD Kerian

Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan

 

Peranan guru adalah penting dalam mendidik anak didiknya. Di dalam kelas guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara atau fasilitator. Guru yang berkesan dan berjaya mendidik akan memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, manakala guru yang kurang berkesan mendidik atau mengajar akan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, malah ianya akan menyebabkan pengajaran guru akan membosankan, pelajar pelajar tidak memberi tumpuan dalam pelajarannya atau pelajar-pelajar tidak mahu masuk ke kelas. Oleh itu amalan pengajaran-pembelajaran guru yang berkesan bermakna pengajaran guru tersebut di anggap baik jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak di ajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain pengajaran–pembelajaran yang berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

(Sumber:  Shahril @ Charil bin Hj Marzuki, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya) 

 

 

Cadangan Untuk Meningkatkan Keberkesanan Amalan Pengajaran Guru Supaya Kecemerlangan Akademik Pelajar Meningkat

 

 

1. Guru mesti Merancang pengajaran terlebih dahulu, pelbagaikan kaedah pengajaran, gunakan ABM, kaitkan isi pelajaran baru dengan pengalaman pelajar.

2. Guru perlu mempastikan ketepatan isi pelajaran, dan menyampaikan isi pelajaran secara sistematik, jelas dan mudah di fahami.

3. Pengajaran guru mesti menarik minat dan menyeronokkan pelajar supaya akan terus belajar.

4. Guru apabila mengajar perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir seperti menganalisis, sintisis dan mencerakin dan lain lagi.

5. Guru perlu banyak memberi latihan dan kerja-kerja rumah kepada pelajar.

6. Guru perlu mengajar mengikut aras kebolehan pelajar

7. Guru perlu meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar dan beri semangat kepada pelajar supaya belajar bersungguh -sungguh.

8. Guru perlu memastikan ketepatan fakta dan mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai isi kandungan mata pelajaran yang hendak diajar dan penguasaan bahan yang berkaitan.

Download Bahan Pengajaran Berkesan:

Download Lawak Bola P. Ramlee

Download Arahan Tak Jelas

Download Wayang Kulit

Download Set Induksi_Talak

Download Kesan Talak

Download Penampilan Guru

 

Leave a Reply