Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

Praktikum

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR/GURU PELATIH SEMASA PRAKTIKUM:

(a)        Menghadiri taklimat praktikum.

(b)        Memahami dan menghayati objektif praktikum.

(c)            Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikum.

(d)            Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sekolah.

(e)            Menghantar jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–maklumat lain kepada IPG dalam minggu pertama.

(f)              Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan peraturan sekolah.

(g)       Hadir ke sekolah sepanjang tempoh praktikum.

(h)            Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah.

(i)         Mendapatkan sukatan pelajaran dari sekolah.

(j)              Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar.

(k)            Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan.  Syarat ini perlu dipenuhi oleh semua pelajar. 

(l)              Merancang pengajaran bersama-sama guru pembimbing.

(m)         Melaksanakan pengajaran secara berpasangan dan individu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran pembelajaran. 

(n)           Mengamalkan penulisan jurnal sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum berdasarkan garis panduan Penulisan Jurnal.

(o)           Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan.

(p)            Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum. 

(q)            Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum kepada Ketua Unit Praktikum IPGK.

(r)              Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama selepas  tamat praktikum.

 

Contoh Persediaan Mengajar SM 

Contoh Persediaan Mengajar

Contoh RPH Bestari

Contoh RPH KSSR 

Contoh Cara/Prosedur Penyeliaan 

 

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

 

Kemahiran Mengajar

 

Pengurusan Bilik Darjah

Leave a Reply