Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

PISMP

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

PENGENALAN
 

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) Kampus Ipoh merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian selama empat tahun.
 

MATLAMAT PROGRAM
 

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
 

STRATEGI PELAKSANAAN KURIKULUM

 ·         Menggunakan pelbagai mod: Kuliah / Tutorial / Seminar / perbengkelan / Independent Student Learning (ISL) dan Amali

·         Unit Plan, Portfolio Pembelajaran, kajian kes, penyelidikan tindakan

·         Amalan Profesional: Pengalaman Klinikal (Clinical Experience)

·         Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System): e-learning dan online learning.

·         Pembelajaran Kendiri ke arah menjadi independent learner: akses kendiri dan terarah kendiri dan seterusnya menjadi pembelajaran sepanjang hayat.

KURSUS TERAS 

Pengajian Profesional

     KOD                            KURSUS     KREDIT     SEM.
 EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (dan *PBS)     3(3+0)       1
 EDU3102 Perkembangan Kanak-Kanak     3(3+0)       1
 EDU3103 Murid dan Alam Belajar     3(3+0)       2
 EDU3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku     3(3+0)       3
 EDU3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran     3(2+1)       4
 EDU3106 Budaya dan Pembelajaran     3(3+0)       5
 EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak     3(3+0)       7
 EDU3108 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional     3(3+0)       8
 EDU3109 Guru dan Cabaran Semasa      3(3+0)       8
                             Jumlah    27 (20%)  

Amalan Profesional

    KOD                              KURSUS     KREDIT     SEM.
  Pengalaman Berasaskan Sekolah I – P. Profesional         1
  Pengalaman Berasaskan Sekolah II – Kursus Major         2
  Pengalaman Berasaskan Sekolah III – Kursus Elektif 1         3
  Pengalaman Berasaskan Sekolah IV – Kursus Elektif 2         4
 PRK3101 Praktikum I      2 (4M)       5
 PRK3102 Praktikum II      4 (8M)       6
 PRK3103 Praktikum III      6(12M)       7
 INT3101 Internship      2 (4M)       8
                              Jumlah     14 (11%)  

 *Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan berasaskan tugasan yang diberikan oleh Kursus Pengajian Profesional, Kursus Major, dan Kursus Elektif mengikut semester yang ditetapkan. 

2 Comments to “PISMP”


  1. Thank you, I’ve recently been looking for information approximately this topic for a while and yours is the best I have discovered till now. But, what concerning the conclusion? Are you sure concerning the source?

    1
  2. I was just looking for this information for some time. After six hours of continuous Googleing, finally I got it in your website. I wonder what’s the Google’s problem that does not rank this kind of informative web sites closer to the top. Generally the top websites are full of garbage.

    2


Leave a Reply