Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

Perkongsian Info Menarik Dari Group Whatsaap

April 02, 2017 By: admin Category: Umum

Turkey News.

Berikut ini adalah catatan perjalanan Ketua Umum BAZNAS Dr. KH. Didin Hafidhuddin, M.Sc saat mengunjungi Turki.

Cerita yang mengagumkan bukan tentang gemerlapan kota Istambul yang jelas terlihat dari pesawat apabila melintasi Eropah, atau para wanitanya yang berwajah cantik, tapi tentang kehidupan beragama yang semakin pesat luar biasa.

Turki benar-benar berubah 180 darjah sejak dipimpin Presiden Erdogan.

Hal yang sangat menakjubkan adalah suasana keagamaan rakyat Turki yang begitu hebat.
Sekarang masjid-masjid sangat ramai dengan pemuda yang beribadah dan juga kegiatan keislaman. TERUTAMA yang paling mengagumkan adalah ketika waktu SOLAT SUBUH datang, masjid di Turki sangat penuh sesak dengan jamaah yang didominasi KAUM MUDA , suasana yang mirip dengan solat Jumaat di Malaysia.

Dr. Didin mengingat kembali ketika dirinya berkunjung ke Turki sekitar tahun 1990-an, masa itu Turki masih sangat sekular.
Jangankan waktu solat subuh, azan Maghrib pun tidak ada yang pergi solat berjamaah.

“Saat itu saya solat hanya dengan isteri dan anak, sebab tiada jamaah setempat yang datang.” jelas Dr Didin.

Luar biasa dan yang lebih istimewa ialah para remaja Turki berbondong-bondong ke masjid utk solat berjamaah.

Selain tingkat keagamaan masyarakat Turki yang menjadi lebih baik, suasana ekonomi Turki pada masa ini juga sangat berkembang pesat. Tanpa bantuan pinjaman luar negara. pemerintah Turki sanggup membangun, membuat perubahan signifikan dan mampu bersaing dengan negara maju dunia.

Peringkat ekonomi Turki melonjak ketara sekali dari kedudukan ke-111 menjadi ke-16 dunia, sehingga saat ini Turki masuk daftar 20 negara kuat (G20).

Pendapatan perkapita penduduk pun naik dari $3500 USD (2003)..
menjadi $11000 USD (2013).. dan terus melonjak.

Pemerintah Turki sebelumnya serius mencanangkan 3 Program Nasional iaitu:

1⃣ Gerakan Solat Subuh berjamaah di Masjid.
2⃣ Gerakan Infaq dan Sedekah.
3⃣ Gerakan Ekonomi Umat.

❤ Program GERAKAN solat SUBUH berjamaah di MASJID memperoleh sambutan luar biasa dari masyarakat, dengan hasil membanggakan.

Solat subuh menjadi sangat ramai seperti solat jumaat di Malaysia. Tentu saja keberkatan solat subuh berjamaah mendapatkan hasil di luar jangkaan, dibuktikan dengan bantuan atas segala kesulitan yg dihadapi Turki yang sebenarnya tidak mudah, apatah lagi negara2 Eropah beberapa tahun lalu menderita krisis ekonomi.

Bagaimana pula situasi kita di Malaysia.. ?! Masih sibuk memonton drama televisyen di waktu Maghrib, yang kita tahu selang waktu Maghrib dan Isyak itu sebaik baik waktu membaca Al-Quran, berzikir mendengar tazkirah dan kuliah-kuliah agama di surau dan masjid, sedangkan 12 juta rakyat kita leka di hadapan tv menonton drama.
Rakyat Malaysia juga sibuk dengan program realiti yang mengetengahkan ank2 muda melalak dgn pelbagai hiburan yg melalaikan.

Bila lagi negara yang berpenduduk majoriti Muslim ini menjadi negara yang tingkat keagamaan yang tinggi.. ?!
Semoga tak lama lagi.

Tolong disebarkan agar banyak muslimin mengambil manfaat, ibrah/pelajaran serta hikmah dari fenomena menarik ini.

❤ Jangan lupa bagikan info ini… agar semua MUSLIM MALAYSIA TERGERAK hatinya untuk melaksanakan SUBUH berjamaah di MASJID atau SURAU,
karena Allah sendiri yang menjamin kehidupan orang-orang yang mahu bergegas solat berjama’ah.
Dan solat yang PALING BERAT adalah solat SUBUH berjamaah di MASJID dan SURAU…

SALAM MAULIDUR RASUL

December 11, 2016 By: admin Category: Umum

SALAM MAAL HIJRAH 1438 / 2016 M

October 02, 2016 By: admin Category: Umum

 

♬..Satu Muharram Detik Permulaan..♬

♬..Perkiraan Tahun Islam Hijrah..♬

♬..Perpindahan Nabi dan Umat Islam..♬

♬..Dari Kota Mekah ke Kota Madinah..♬

♬..Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh..♬

♬..Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu..♬

♬..Rela Berkorban Harta dan Nyawa..♬

♬..Demi Menegakkan Islam Tercinta..♬

♬..Hijrah Itu Pengorbanan..

♬..Hijrah Itu perjuangan..

♬..Hijrah Itu Persaudaraan..

♬..Hijrah Membentuk Perpaduan..♬♬

♬..Oleh Itu Mari Semua.♬

♬..Kita Sambut Maal Hijrah..♬

♬..Tingkatkan Semangat..

♬..Tegakkan Syiar Islam..

♬..Untuk Sepanjang Zaman….♬

 

salam-maal-hijrah

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 2016/1437 H

September 12, 2016 By: admin Category: Umum

img-20141004-wa0048_1437h2

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismailas dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam as dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Makkah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Unta, lembu, kambing, atau biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim as untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Allah swt.

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: “Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas).
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi).
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.”
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata’ daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata’ tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

 

 

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN
‘IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai umat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin. Ramai juga umat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh umat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh umat Islam IsyaAllah akan ujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahawa:

“Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah”.

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara haiwan ternak, memilihara ikan dan sebagainya InsyaAllah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakanyan sekali seumur hidup, Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir.“(Qur’an. S.al-Hajj:27-28)

Sungguh besar manfaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, InsyaAllah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cubaan. Dapat melihat sendiri tempat-tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail a.s, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo’a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!

oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

(Dipetik Drp: www.shiar-islam.com)

Salam Maulidur Rasul 24 Dis. 2015/ 12 Rabi’ul Awal 1436H

December 07, 2015 By: admin Category: Umum

KEDATANGAN RASULULLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN MUJIZAT AL-QURAN

OLEH MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY 

Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. ke alam ini adalah sebagai rahmat bagi seluruh alam buana ini sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Quran dalam ayat yang bermaksud Dan tidaklah Kami utuskan tuan hamba wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam(Surah al-Anbiya: Ayat 107).

 

Kedatangannya adalah menepati apa yang didoakan oleh Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana yang ternyata dalam Surah Al-Baqarah ayat 129 yang bermaksud: “Wahai Tuhan, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang akan membaca kepada mereka ayat-ayat keterangan Mu dan mengajarkan Kitab dan kebijaksanaan kepada mereka dan menyucikan mereka (daripada kesyirikan dan kemaksiatan). Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa lagi Bijaksana.”

 

Doa ini dimustajabkan itu ternyata dalam Surah Ali Imran ayat 164: Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang beriman kerana Dia telah mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri yang akan membaca keterangan-keterangan Tuhan kepada mereka, menyucikan mereka (dari kesyirikan dan kemaksiatan) dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan kebijaksanaan kepada mereka, walaupun mereka sebelum ini dalam kesesatan yang nyata.

 

Kedatangan baginda itu membawa kepada turunnya al-Quran al-Karim yang terjaga kesahihannya secara berterusan yang menjaminnya menjadi Kitab Suci yang murni tanpa tara sebagai kitab wahyu yang tertinggi kedudukannya sampai ke akhir zaman. Peri terkawalnya Quran sebagai mujizat dari Ilahi tanpa campurtangan manusiawi ternyata dari keterangan Quran dalam ayat yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan Quran Yang Memberi Peringatan dan Kamilah yang menjaganya.” (Surah al-Hijr: Ayat 9). Ianya menjadi mujizat yang berkekalan terjamin kemurnian dan kesahihannya sampai ke akhir zaman. Dan sejarah telah membuktikan sampai sekarang tidak ada Kitab Suci dalam sejarah agama-agama dunia yang boleh menandinginya.

 

Dalam hubungan dengan mujizat Quran sebagai wahyu dari Tuhan ini dinyatakan dalam Quran sebagai cabaran kepada mereka yang mengesyakinya dalam ayat yang bermaksud: “Dan jika kamu masih ragu-ragu tentang (kebenaran Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) cubalah kamu bawakan suatu surah seumpama Quran itu dan panggillah pembantu-pembantu kamu selain dari Allah kalau kamu memang orang-orang yang benar” (Surah al-Baqarah: Ayat 23). Sampai sekarang tidak ada suatu surahpun, apa lagi seluruh kitab, yang mampu dicipta oleh manusia untuk menandinginya. Ini bukti yang menunjukkan bahawa Kitab Quran ini adalah mujizat dari Allah.

Selamat Menyambut Aidil Fitri 2015/1436 Hijrah

July 16, 2015 By: admin Category: Umum

selamat-hari-raya-aidil-fitri_amaljaya_2.gifselamat-hari-raya-aidil-fitri_amaljaya_3.gif

TAZKIRAH HARI RAYA

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah saw bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah saw menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, “Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitri dan hari Eidul-Adha”. (Riwayat Abu Daud, 1134).

Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., “Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal ‘Aidul Fitri’ berasal dari perkataan ‘aid’ adalah diambil dari kata al-‘audu’ (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat”.

 

SUNNAH & ADAB MENYAMBUT HARI RAYA

“Eid al-Fitri” atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.

Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah saw menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya”. Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri’ dan untuk ‘Eid al-Adha’ makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil”. [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut)”. [Fath al-Bari: 2/446].


3. Bertakbir Pada Hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur”. [Al-Baqarah: 185].


Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya)”.


Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

 

4. Takbir Hari Raya

Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.


5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucapan tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik.

 
6. Berpakaian Baru/Cantik Di Hari Raya

Daripada Jabir katanya: “Nabi saw mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi saw: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.


7. Keluar Ke Tempat Solat Melalui Jalan Lain Dan Balik Melalui Jalan Yang Lain.

Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;

i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.

ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.

iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.

iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.

 
8. Solat Hari Raya.

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.

Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.

I. Solat Hari Raya Tidak Perlu Dilaungkan Azan Dan Iqamah.

Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi saw.


ii.     Bacaan Imam Dalam Solat.

Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A’la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.

 
iii.    Dilakukan Solat Raya Terlebih Dahulu Diikuti Khutbah.

Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya: “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah”.

 
iv. Menyegerakan Solat Hari Raya Dan Tidak Memanjangkannya.

Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”

 
V. Keluar Dengan Berjalan Kaki Ke Tempat Solat Hari Raya.

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”].

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

 
Vi. Wanita Yang Uzur Juga Keluar Menyaksikan Solat Hari Raya.

Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang”.

 
vii. Zakat Fitrah.

Nabi saw menyuruh membayar zakat Fitrah sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitrah) sebelum hari raya sehari atau dua hari”.

 

viii.  Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya.

Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakan lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan.

 
Semoga Aidil-Fitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan.

Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman

Sumber: http://www.harakahdaily.net