Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

GROW

MANUAL PENGGUNAAN, PANDUAN & PERISIAN MODEL GROW VERSI 5.0 (SM DAN SK)

 

 Goal  (Sasaran):

  • Klien menetapkan apa yang hendak dicapai.
  • Mestilah spesifik, boleh diukur, dicapai, relevan dan mempunyai ketentuan masa.
  • Sasaran mestilah sesuatu yang klien benar-benar ingin mencapainya bukan sepatutnya dicapai.
  • Sasaran yang mempunyai perkataan “better”, “less” atau “improved” adalah sasaran yang tidak jelas.

 Reality (Realiti):

  • Status semasa apa yang telah disasarkan.
  • Pernyataan realiti sepatutnya sejelas mungkin. Contohnya sasaran Gred Purata Sekolah (GPS) 2017 ialah 1.50, realitinya apakah GPS pada tahun 2016?
  • Boleh melibatkan kemahiran, pengetahuan dan sumber yang klien ada untuk mencapai sasaran. Contohnya, tahap kemahiran guru/murid yang ada untuk mencapai sasaran GPS 1.50

 Obstacles (Halangan):

  • Senaraikan faktor yang menghalang klien untuk mencapai sasaran.
  • Coach dan klien hendaklah mengenal pasti halangan tertentu yang menghentikan klien untuk bergerak mencapai sasaran.
  • Halangan boleh disebabkan oleh orang lain, faktor dalaman klien atau mungkin kekurangan sumber seperti masa, kewangan, kemahiran dan sokongan.

Option (Pilihan):

  • Senaraikan pilihan yang ada untuk mengatasi setiap halangan.
  • Jika halangan telah dikenal pasti dan jelas, maka tentulah mudah mencari jalan melepasinya.
  • Halangan perlu diatasi satu persatu. Contohnya, jika kemahiran guru menjadi satu halangan untuk mencapai GPS 1.50, apakah option yang ada untuk mengatasinya.

Will or Wrap Up Or What Next:

  • Coach dan klien bersetuju untuk menyenaraikan tindakan seterusnya.
  • Setiap option/pilihan dibuat tindakan seterusnya satu persatu.
  • Klien hendaklah menyelesaikan tindakan tersebut dalam tempoh tertentu.
  • Coach hendaklah sentiasa membantu dan menyokong klien melaksanakan tindakan seterusnya.

 

MANUAL PENGGUNA SISTEM GROW RENDAH VER 5.0

SISTEM GROW RENDAH VER 5.0

MANUAL PENGGUNA SISTEM GROW MENENGAH VER 5.0

SISTEM GROW MENENGAH VER 5.0

 

Comments are closed.