Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ DAN IBADAH SOLAT DALAM KEHIDUPAN

May 27, 2014 By: admin Category: Umum

Israk Mikraj

(Sumber: AdlanKhalidi.com)

 


بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH RINGKAS UNTUK MUHASABAH DIRI

Selasa 27 Mei 2014

 

Hari ini selasa 27 Rejab bersamaan 27 Mei 2014, adalah tarikh yang bersejarah dalam kehidupan umat Islam, kerana pada tarikh inilah, terjadinya peristiwa besar Israk dan mikraj kepada junjungan besar kita nabi Muhammad SAW.

Pada peristiwa tersebut juga diperintahkan-Nya  syari’at solat kepada Rasulullah SAW untuk dilaksanakan oleh umatnya sebanyak 5 waktu sehari semalam.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

 “Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat

(Q.S Huud: 114)

 Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”. ( Q.S al-ankabuut: 45).

Dua ayat Al-Quran di atas memberi pengertian yang jelas tentang pentingnya menjaga waktu solat  serta kesan solat dalam kehidupan untuk mencegah  perbuatan keji dan mungkar.

Solat dalam ajaran Islam, memiliki kedudukan  istimewa berbanding  dengan syariat yang lainnya, di antaranya:

1.    Solat adalah satu-satunya syariat yang diterima Nabi SAW secara langsung daripada Allah SWT.

2.    Solat adalah satu-satunya syariat yang diturunkan di langit bukan di bumi.

3.    Solat adalah satu-satunya syariat yang pertama diturunkan di kota Makkah.

4.    Solat adalah satu-satunya suruhan yang paling banyak disebutkan dalam al-Qur’an.

5.    Solat adalah syariat yang paling banyak dilakukan umat Islam dalam hidup berbanding dengan syariat yang lainnya.

6.    Solat adalah syariat yang diwajibkan lebih awal pada semua peringkat umur (usia) untuk dilaksanakan. Dianjurkan pada umur kanak-kanak 7 tahun belajar solat dan pada usia meningkat 10 tahun dipukul jika meninggalkan solat.

7.    Solat adalah syariat yang tidak boleh ditinggalkan dalam apa juga keadaan, (selagi ada nyawa di kandung badan dan selagi ada nafas di kerongkong) melainkan yang dibenarkan oleh syariat jika ada keuzuran pada syarak. 

8.    Solat adalah ibadah yang membezakan antara Islam dan kafirnya manusia.

9.    Solat adalah ibadah yang diwasiatkan oleh Rasulullah saw sebelum baginda wafat.

10. Solat adalah soalan yang pertama akan ditanyakan Allah SWT kelak pada hari akhirat.

 

Daripada sebahagian kelebihan solat di atas, wahai saudara-saudaraku sekalian, marilah kita menjaga solat kita dengan enam perkara:

 

1.    Jangan kita mudah meninggalkan solat.

2.    Jangan kita melambat-lambatkan waktu solat dengan kesibukan kerja dan alasan duniawi.

3.    Jangan kita melakukan solat di rumah, sebaiknya kerjakan di masjid atau surau.

4.    Jangan kita mengerjakan solat bersendirian, akan tetapi kerjakanlah dengan berjamaah.

5.    Tambahkan solat-solat sunat dalam kehidupan kita seharian terutamanya pada sepertiga malam seperti solat-solat yang amat dianjurkan kita melaksnakannya iaitu solat-solat tahajut, solat tasbih, solat taubat, solat hajat, solat witir dan sebagainya.

6.    Laksanakanlah solat dengan hati yang penuh dengan kekhusyukan.

 

Ya ALLAH !!! Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang dapat Istiqamah dalam melaksanakan segala perintah Mu serta berikanlah kekuatan kepada kami untuk sentiasa dapat Istiqamah dalam melaksanakan Ibadah solat semata-mata kerana Mu Ya Allah.

Jauhkanlah kami daripada meninggalkan dan melalaikan ibadah solat dalam hidup kami dengan kesibukan kerja serta kesibukan duniawi. Kurniakanlah kepada zuriat keturunan kami ya Allah untuk dapat menjaga ibadah solat tersebut dengan baik dalam hidup dan kehidupan mereka. Aamiinn ya Rabbal  ‘Aalamiin !!!!!

Wallahu a’lam.
Doakan istiqamah serta Sihat wal Afiat
Wassalam.
(Sumber: Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

 

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama manusia
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Insya-Allah !

Selamat menyambut Israk  Mikraj.
Semoga solat kita selama ini diterima Allah SWT.
Semoga pelaksanaan solat kita tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Insya Allah !
amaljaya.

76 Trackbacks/Pingbacks

  1. randy 23 08 14
  2. luke 23 08 14
  3. leonard 23 08 14
  4. john 23 08 14
  5. David 23 08 14
  6. arthur 23 08 14
  7. Luis 23 08 14
  8. Tony 23 08 14
  9. Tony 23 08 14
  10. eugene 24 08 14
  11. jordan 24 08 14
  12. Roberto 24 08 14
  13. brett 17 11 14
  14. harold 18 11 14
  15. Rene 18 11 14
  16. alvin 19 11 14
  17. vincent 20 11 14
  18. ernest 20 11 14
  19. Armando 20 11 14
  20. Bobby 20 11 14
  21. oscar 22 11 14
  22. Matthew 24 11 14
  23. alejandro 24 11 14
  24. matthew 24 11 14
  25. terry 26 11 14
  26. Tommy 29 11 14
  27. francis 29 11 14
  28. austin 30 11 14
  29. marvin 01 12 14
  30. harold 01 12 14
  31. Harvey 06 12 14
  32. James 07 12 14
  33. Christian 10 12 14
  34. Cecil 10 12 14
  35. Matthew 11 12 14
  36. Dan 14 12 14
  37. joel 15 12 14
  38. Matt 18 12 14
  39. ryan 19 12 14
  40. James 20 12 14
  41. Wallace 21 12 14
  42. sidney 21 12 14
  43. Vernon 23 12 14
  44. Lyle 23 12 14
  45. bill 24 12 14
  46. Clinton 24 12 14
  47. Julio 25 12 14
  48. charles 15 01 15
  49. jackie 16 01 15
  50. carlos 16 01 15
  51. Gregory 17 01 15
  52. maurice 18 01 15
  53. felix 18 01 15
  54. adrian 21 01 15
  55. Leroy 21 01 15
  56. johnnie 21 01 15
  57. arnold 21 01 15
  58. Randall 21 01 15
  59. Don 21 01 15
  60. steve 21 01 15
  61. juan 21 01 15
  62. aaron 22 01 15
  63. Jack 22 01 15
  64. Brent 23 01 15
  65. Travis 23 01 15
  66. Ryan 25 01 15
  67. steve 25 01 15
  68. jonathan 28 01 15
  69. Jon 29 01 15
  70. Julian 01 02 15
  71. Evan 07 02 15
  72. enrique 07 02 15
  73. Antonio 08 02 15
  74. gilbert 09 02 15
  75. nathaniel 14 02 15
  76. hugh 14 02 15

Leave a Reply