Info Pendidik Guru

Info About Teaching And Learning Process
Subscribe

Puisi Maal Hijrah 1433

December 01, 2011 By: admin Category: Umum

maal_hijrah-logo-a4ac495a35-seeklogo_com.gif

Sempena kedatangan tahun Hijrah ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433, semuga pada tahun ini kita mendapat kurniaan rahmat dan nikmat yang berpanjangan daripada Allah SWT dari dunia hingga ke akhirat. Moga kita semua kekal di dalam petunjuk dan hidayahNya, sentiasa di dalam keredhaanNya, dimantapkan iman, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, diwaraskan akal fikiran dan kekal dalam peliharaan Allah SWT.

Disisipkan di sini buat renungan semua sebuah puisi nukilan sendiri.

Rahmah Maal Hijrah

 

Alhamdulillah

Maal Hijrah

Singgah lagi saat begini indah

Berkorban Rasulullah berdekad sudah

Seruan solat menghadap Kaabah

sentiasa tiap saat berligar berputar di petala bumi

Mendayu merayu dibawa bayu dingin subuh berlabuh

Bersatu ummah berjihad fisabilillah

 

 

MasyaAllah

Semua ini bakal menerjah

Semua kita tiada siapa yang kepingin

Semua kita bahkan ingin selamanya menginjak bumi ini

Bahkan lebih jauh …

masih ingin menongkat langit meski usia tidak lagi termampu

Keluh kesah jiwa yang gersang berbalut pakaian iman yang nipis

Tenang damai jiwa yang pasrah mengharap keredhaan

Semuanya pasti menuju menghadap dua jalan berkekalan

Persimpangan antara kebatilan

Persimpangan antara keimanan

 

Astaghfirullah

Meski sudah begini lanjut usia

Masih lagi bebal berbalut jahil

Entah sampai bila taubatan nasuha

 

Nauzubillah

Dajal mengajak lunak

Nafsu amarah menginjak tamak

Serakah haloba menunju senja

Kepingin hati qalbun dipimpin syaitan direjam   

 

Subhanallah

Nur hidayah milik Mu Ya Rabb

Segala sudut di maya ini tiada hijab

Bumi terhampar di pasak gunung ke selubung mega

Ke kaki langit menjulang tiada bertiang

Tiada satu yang tiada dalam ilmu Mu

Tiada satu yang tiada dalam makrifah Mu Ya Rabb

 

Alhamdulillah

Masih berbaki iman meski hanya sisa turunan

Hati fuadun kini menuju lubbun

Nafsu amarah berpapah menuju mutmainnah singgah jua ke mardhiah

Akal berpaksi taakul akhir berpaut tadabbur

 

InsyaAllah

Mudahan menggapai jua jiwa ke persada baqa

Luhur insani abadi dalam lingkaran rahmah 

Tenteram damai dinafi nokhtah

Alhamdulillah!

Lailahaillah.

 

Nukilan : Amal Jaya

             (Nordin Tahir, JIP IPG Kampus Ipoh)

89 Trackbacks/Pingbacks

  1. milton 17 11 14
  2. nelson 18 11 14
  3. arnold 21 11 14
  4. jared 22 11 14
  5. Lonnie 22 11 14
  6. jessie 23 11 14
  7. Trevor 23 11 14
  8. raymond 23 11 14
  9. Dana 23 11 14
  10. Willard 23 11 14
  11. marion 23 11 14
  12. erik 24 11 14
  13. Wade 26 11 14
  14. John 26 11 14
  15. Mitchell 27 11 14
  16. Franklin 27 11 14
  17. William 27 11 14
  18. derrick 27 11 14
  19. Dave 27 11 14
  20. ron 27 11 14
  21. alfonso 29 11 14
  22. Everett 29 11 14
  23. ron 01 12 14
  24. Wayne 02 12 14
  25. morris 06 12 14
  26. Jeremy 06 12 14
  27. brandon 07 12 14
  28. Neil 09 12 14
  29. jerome 09 12 14
  30. Gerald 11 12 14
  31. benjamin 11 12 14
  32. sergio 12 12 14
  33. bradley 12 12 14
  34. Patrick 12 12 14
  35. Eduardo 12 12 14
  36. clarence 13 12 14
  37. Jose 13 12 14
  38. hubert 15 12 14
  39. Homer 15 12 14
  40. jeffrey 16 12 14
  41. charlie 17 12 14
  42. Shannon 18 12 14
  43. Bruce 18 12 14
  44. joshua 21 12 14
  45. Darryl 21 12 14
  46. Ronald 21 12 14
  47. nathan 23 12 14
  48. Donnie 23 12 14
  49. Otis 24 12 14
  50. Benjamin 24 12 14
  51. Phillip 25 12 14
  52. herbert 25 12 14
  53. mark 25 12 14
  54. adam 25 12 14
  55. Ken 26 12 14
  56. Jason 26 12 14
  57. Gene 15 01 15
  58. ross 15 01 15
  59. Alex 16 01 15
  60. william 17 01 15
  61. craig 18 01 15
  62. warren 18 01 15
  63. floyd 18 01 15
  64. eddie 19 01 15
  65. jeremiah 21 01 15
  66. Curtis 22 01 15
  67. byron 22 01 15
  68. johnnie 22 01 15
  69. Orlando 22 01 15
  70. Jeremy 23 01 15
  71. Lonnie 24 01 15
  72. brett 27 01 15
  73. Raul 29 01 15
  74. tony 30 01 15
  75. leon 30 01 15
  76. Oscar 01 02 15
  77. Milton 01 02 15
  78. brian 01 02 15
  79. wallace 03 02 15
  80. kyle 03 02 15
  81. peter 03 02 15
  82. Elmer 03 02 15
  83. peter 03 02 15
  84. Micheal 04 02 15
  85. cody 05 02 15
  86. Shaun 05 02 15
  87. Antonio 10 02 15
  88. Melvin 11 02 15
  89. eddie 14 02 15

Leave a Reply