New Page 1
Home

Laman Utama

Latar Belakang

Produk

Pelan Pemasaran

Galeri

Testimoni

Hubungi Kami

Berita Terkini

Pendaftaran

 

  Username :

  Password :

 

Sila masukkan email anda

 
Launch Date : 01 - 07 -10
Active Member : 30
Free Member : 5
Total Member : 35
 
 
2964
 
 
:: Membina Rangkaian Anda ::
  Nama Penaja :
wida_R
 

Web Address :

 

INFO SYARIKAT

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. telah menjalankan R&D serta aktivitinya pada pertengahan tahun 2007 dan dikorporatkan di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia pada tahun 2009. Operasi utama syarikat di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman. Diterajui oleh empat orang usahawan muda iaitu En. Mohd Norzuzafre bin Zulkifli (Presiden), En. Muhazani bin Mat Noh (Timbalan Presiden), En. Mohd Norshahar bin Zulkifli (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Tn. Hj. Mohamad Shukri bin Sulaiman (Ketua Produk & Pembangunan Perniagaan).

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat milik penuh Bumiputera yang melahirkan produk-produk pendidikan secara “online” di Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan adalah berteraskan pendidikan. Moto utama syarikat ialah “Cemerlang Satu Malaysia”.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar dan masyarakat bahawa pendidikan secara atastalian (online) merupakan satu alternatif kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik melalui kaedah “website + education = Webucation”.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Guru-guru Pakar, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Jabatan IT syarikat untuk menyelidik dan membangunkan produk-produk syarikat bagi merealisasikan program-program yang dijayakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

CARTA ORGANISASI LEMBAGA PENGARAH

CartaOrg

Latar Belakang Group Jaya Amal Jaya

Khat3

Group Jaya Amal Jaya dilahirkan sebagai usaha murni bagi setiap insan Muslim yang Mukmin menjalankan kegiatan ekonomi berdasarkan Muamalat Islam dan mengamalkan etika bermuamalat secara Islamik bagi tujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT. Group Jaya Amal Jaya merupakan sebuah usaha peneraju yang melaksanakan inovasi perkhidmatan & pengurusan e-pendidikan melalui suatu sistem pemasaran online dengan kaedah inovatif terkini dan selari dengan dasar Syarikat yang disertai.

Kelahiran Group JAYA AMAL JAYA melalui penyertaan dalam inovasi perkhidmatan dan pengurusan e-pendidikan melalui syarikat yang disertai yang berinovatif tinggi dengan tema AMAL JAYA - AMAR MAKRUF yang diyakini mampu membawa Group JAYA AMAL JAYA menjadi wadah dan landasan masyarakat Muslim yang Mukmin untuk melaksanakan etika bermuamalat dan menjalankan perniagaan mengikut lunas-lunas Islam.
Sebagai pendukung gagasan ini, objektif Group JAYA AMAL JAYA adalah untuk memberi jawapan kepada masyarakat mengenai perkhidmatan dan pengurusan Amar Makruf yang mencari-cari alternatif kepada longgokan produk perkhidmatan seumpamanya yang lumrahnya memberi fokus kepada hanya keunggulan para agennya sahaja tanpa mengambilkira faktor etika dalam perniagaan dan Amar Makruf yang menjadi tuntutan serta potensi setiap pelanggan dalam jangka panjang di samping keterlibatan dalam beribadat dan bermuamalat mengikut syarak.
Justeru itu, kemunculan Group JAYA AMAL JAYA juga adalah untuk memberi kesedaran kepada warga Muslim yang Mukmin khususnya dalam usaha untuk menjana pendapatan melalui perniagaan dalam syarikat yang disertai dengan konsep bantu membantu dan bermuafakat bagi melaksanakan tuntutan Amar Makruf yang begitu murni konsepnya.Untuk individu yang ingin berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat, penyertaan dalam Group JAYA AMAL JAYA adalah alternatif yang tepat kerana keperluan modal yang kecil serta tanpa risiko. Namun pulangan yang dicapai adalah besar, bergantung kepada kesungguhan usaha dan kesabaran dalam menempuh pelbagai cabaran dan ujian yang sudah pastinya wujud seperti dalam mana-mana bidang lainnya. Yang penting dalam Group JAYA AMAL JAYA ini adalah kejujuran dan sifat amanah, serta permuafakatan dan saling bantu membantu sesama insan.
Budaya ilmu adalah budaya yang ingin diterapkan dalam Group JAYA AMAL JAYA. Dengan produk perkhidmatan e-pendidikan yang istimewa lagi berinovatif tinggi serta pelan dan pakej yang menarik yang ditawarkan oleh syarikat, Group JAYA AMAL JAYA bersedia untuk membimbing kita menimba ilmu dan mempelajari teknik permuafakatan yang efektif, untuk diamalkan oleh semua yang berminat.
Perkongsian ilmu dan pengalaman adalah teras dan tunjang dalam konsep yang ingin diamalkan oleh Group JAYA AMAL JAYA.Oleh itu marilah kita sama-sama merebut kesempatan untuk mengubah masa depan kita menjadi insan kamil yang terbilang di dunia mahupun akhirat, yang menjadi contoh kepada saudara dan sahabat handai serta mereka yang belum mengenali falsafah permuafakatan dalam Group JAYA AMAL JAYA.
Jadi, Inginkah anda memiliki masa depan yang berpotensi memberikan keuntungan berlipat ganda dalam perniagaan mengikut lunas-lunas syariah Islam ? Jangan ragu-ragu lagi! Dengan peningkatan potensi perkhidmatan melalui internet yang tak terpada, dan juga kuasa multiduplikasi daripada e-perniagaan, impian anda pasti akan menjadi kenyataan. Group JAYA AMAL JAYA telah menyediakan satu peluang keemasan kepada anda untuk mendirikan AMAR MAKRUF sambil menikmati pendapatan yang tidak terhad. Corak perkhidmatan yang terunggul ini bakal berjaya membantu ramai kalangan dari segenap lapisan insan Muslim yang Mukmin dari pelbagai lapisan masyarakat, masing-masing dengan latar belakang, budaya, umur, taraf pendidikan dan penghayatan agama yang pelbagai, memiliki kehidupan baru yang lebih syumul dan berkualiti serta berkebajikan seterusnya berupaya membangun peribadi diri, keluarga, masyarakat dan agama.
Tidak kira anda berpengalaman atau tidak, asalkan anda dapat menguasai peluang ini dan bertindak dengan niat dan nawaitu yang mulia, anda sebenarnya sedang membuat langkah pertama untuk mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Keputusan yang dibuat oleh anda sekarang akan menjamin masa depan anda yang lebih cerah untuk diri dan orang yang anda kasihi.
Sertailah Group JAYA AMAL JAYA untuk merealisasikan impian anda.Dengan adanya sumber dan sokongan yang kuat dari pihak syarikat terutamanya dari segi perkhidmatan dan penyebaran informasi melalui hubungan yang cepat dan langsung, dapatlah anda semua melibatkan diri dalam beramal bersama Group JAYA AMAL JAYA dengan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Di samping menggapai kejayaan untuk masa depan, bersama-samalah kita beramal dan mencapai kebahagiaan diri serta sekaligus meraih keuntungan pahala mengerjakan ibadat melalui etika bermuamalat mengikut lunas-lunas syarak dengan modal yang relatif kecil, serta mengharapkan pendapatan yang halal lagi barakah.

Akhir kalam, Selamat berjaya kepada anda semua. Semoga impian terbesar anda bakal menjadi kenyataan!

JAYA AMAL JAYA

Khat1

BERUSAHA DENGAN TEKUN & BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERAMAL DENGAN YAKIN DAN INSYAALLAH BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT!

daftar

 

Home
 

Ahad , 05 September 2010
 
 

KE PUNCAK MAS MENGGAPAI BINTANG

02/07/2010 [22:32:36]

Tahniah kepada Anda ! Web Site Percuma telah tersedia untuk anda. Sertai kami dalam Group Jaya Amal Jaya sekarang juga. Hubungi En. Muhammad Hafiz (019-5002813)


MAKLUMAN PENTING

02/07/2010 [22:25:04]

Tuan/Puan yang dihormati sekalian. Tuan/puan yang berada di sekitar Bandar Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping dan Parit Buntar, Perak yang berminat untuk menyertai MyStar di bawah kumpulan Amal Jaya.com boleh menghubungi En. Ahmad Khir Muzamil (016-5313074), En. Muhammad Hafiz (019-5002813) dan En. Nordin (019-5749968)


RAKAN NIAGA DIPERLUKAN

02/07/2010 [22:20:35]

GROUP JAYA AMAL JAYA MENCARI RAKAN NIAGA DI SETIAP NEGERI Group Jaya Amal Jaya ketika ini dalam penjelajahan menuju ke setiap negeri untuk mencari rakan niaga MyStar di bawah kumpulan Amal Jaya.com. PENYERTAAN ANDA AMAT KAMI ALU-ALUKAN. Sekian,Terima Kasih.


019-5749968

Amal Jaya

 
 
 
Home

Hak Cipta Terpelihara 2010 @ Jaya Amal Jaya.Com

 

Penafian: Ini adalah laman web peribadi. Ia bukan laman web rasmi syarikat yang disertai. Contoh pendapatan adalah simulasi sahaja. Pendapatan sebenar bergantung kepada usaha setiap peserta. Kami tidak menjamin sebarang pendapatan. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada www.amaljaya.com